Jom Klik Sini

Terima Kasih

Monday, January 17, 2011

Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Menerima

Macam-macam kerenah manusia di dunia ni.. ada yang baik, ada yang jahat, ada yang begitu mengambil berat, ada pula yang begitu pentingkan diri sendiri, ada yang ringan tulang, ada yang pemalas, ada yang berbaik sangka dan tak lupa juga yang berburuk sangka.. hai, entah lah, yang nyata Tuhan telah menetapkan semua yang berlaku ni ada hikmahnya, jika tidak, masakan ada syurga dan neraka bagi menempatkan yang baik dan yang jahat ini..


Tajuk entri? ada ke kene mengena dengan intro kat atas tu? Herrmm.. jika di lihat secara mata kasar mungkin tak ada kena mengena, tapi jika diselami, ia memang berkaitan. 



(gambar dari google)


Memberi dan menerima, dua perkara yang saling berkait rapat tapi punyai makna yang berbeza.  Jika tiada yang memberi, tak ada la pula yang menerima dan jika tiada yang hendak menerima bagaimana pula kita hendak memberi.. Pening ke dengan ayat yang pusing-pusing ni? Tapi itu lah dia, kedua-dua perkataan ini amat sinonim dengan kelakuan manusia.


Jika di hayati lirik lagu Ruhil Amani tu..

tangan yang memberi, lebih baik dari yang menerima
menolong orang jangan harap balasannya
biar dengan ikhlas janganlah separuh hati
tiap yang berbakti Tuhan Maha Mengetahui

tangan yang memberi, lebih baik dari yang menerima
kesucian diri itulah sifat yang dipuji
senyuman di bibir keindahan budi bahasa
keluhuran hati kita akan berbahagia


Persoalannya di sini, bagaimana pula hal nya dengan yang 'meminta'?  Jika si pemberi tidak mampu untuk menunaikan apa yang 'diminta' adakah wajar jika si peminta tu angin tak tentu pasal hingga mencetuskan pergaduhan? 


Wajar bagi saya jika si peminta tu mintak orang bayar balik hutang yang telah dipinjamkannya;

Wajar jika orang pinjam barang-barang dia;

Wajar jika apa yang diminta tu mampu ditunaikan oleh pemberi; dan

Wajar jika si peminta itu benar-benar dhaif.


Satu lagi, kena la tengok juga 'keadaan' si peminta tu, kalau taraf hidupnya mengalahkan 'orang yang diminta' tak ke pelik namanya?  Apapun tu la dia.. hati manusia ni lain-lain.. bila tak dapat apa yang dia nak, mulalah duk keluarkan macam-macam perkataan kesat siap caci maki segala.. 


Sepatutnya turut sama berfikir secara rasional, kenapa dan mengapa apa yang diminta tu tak dapat ditunaikan dan bukannya siap mengutuk dan mengeji.. Hai dunia-dunia.. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...