Jom Klik Sini

Terima Kasih

Wednesday, January 12, 2011

SEGMEN MADAH PUJANGGA

Rasanya dah agak lama saya tak sertai segmen Mr Ben Ashaari ni.. hermm.. kali ni nak cuba bermadah pujangga pulak.. Sebenarnya saya ni tak ada lah pandai sangat nak bermadah segala ni.. tapi kan, kalau nak betul2 best.. kena berimaginasi sikit, baru ada feel.. entah la tapi rasa betul macam tu kot.. jadi tanpa berlengah saya nak mula ni.. Kepada sesiapa yang rasa-rasa nak mencuba jom la.. penyertaan masih dibuka..

Keterangan lebih lanjut SILALAH KE SINI YE..


Header ni adalah sesuatu yang WAJIB ada untuk menyertai segmen Mr Ben ni..


Cuba tengok permandangan di bawah ni
v

v

v


Bermadah sebagai seorang Ahli Pujangga berdasarkan gambar di atas.

Ibu..
tiada yang lebih bernilai bagiku melainkan dirimu
kau curahkan kasih sayang tanpa mengenal erti jemu
perhatian yang kau berikan umpama sungai yang tenang dan sentiasa mengalir
tidak pernah kering walau kemarau datang menyerbu


Ibu..
jasamu melahir dan membesarkan ku tak ubah umpama akar pepohon
yang kukuh di dasar bumi menggenggam erat dahan kasihmu 
agar kami, anak-anakmu dapat berteduh dan berlindung di bawah redup dedaunan cinta agungmu
engkau amat mengerti tentang liku-liku kehidupan ini
kau rela menempuh ranjau dan duri demi anak-anakmu
dengan harapan agar anakmu dewasa kelak dapat menjadi manusia berilmu


Ibu..
tiada lafaz terindah yang mampu ku ungkapkan sebagai balasan atas pengorbananmu
hanya satu harapanku agar aku tidak lalai dan leka dari terus mengenang jasamu
tiada kasih yang paling agung di hati ini melainkan kasih mu ibu..  


Terima kasih.. tetiba sebak pulak baca puisi sendiri..

10 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

menyentuh tentang ibu.. memang touching

Nina Juliana said...

@THE LEKAT LEKIT STORY

ntahlah.. tetiba terus teringat tentang ibu..

Pendekar Berkuda said...

(^_^) terbaik antara yang terbaik...ada jiwa dalam madah ini...(^_^)

Nina Juliana said...

@Pendekar Berkuda

terima kasih.. hanya mencuba..

sissyira said...

salam

rindukan ibuku jua

FaKArePa!n said...

singgah dari blog Ben Ashaari

Nina Juliana said...

@sissyira

doakan kesejahteraannya.. sok pagi2 call..

Nina Juliana said...

@FaKArePa!n

terima kasih krn sudi ke teratak bonda..

ina said...

wah...terrer jugak kak jue bermadah nih...huh...kalo sy la...mmg fail bab sastera ni...hahahah...

Nina Juliana said...

@ina

hehehe.. saje cuba2..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...